Entry Terlambat. Maaf!

Kisah Seorang Guru Biasa
“Ibu... sempena Hari Guru ini Salina teringin benar membeli kerongsang untuk Ustazah Hanizah. Ustazah Hanizah seorang guru yang baik bagi Salina... Salina sayang dengan Ustazah Hanizah. Sebab itulah Salina ingin menghadiahkan Ustazah Hanizah kerongsang ini sebagai tanda terima kasih Salina padanya. Boleh tak bu?” rengek Salina kepada ibunya.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kesayangan merengek-rengek manja sebegitu. Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali. Hati Puan Arliza akur juga dengan rengekkan anaknya itu lalu memberikan kebenaran. Melihatkan Nur Salina, anak kesayangannya gembira, sudah cukup melegakan hatinya.

Namun...

(Kenyataan di dalam sebuah akhbar tempatan...)
... Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang, tengah hari ini.
Kemalangan menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, hendak melintas jalan bersama kerongsang yang disimpan dalam kocek baju dan dibeli khas buat Ustazah Hanizah.

Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain...

Kisah menyayat hati ini sememangnya membuktikan bahawasanya nilai budi seorang guru terhadap muridnya dibawa hingga ke akhir hayat. Bak pantun Melayu: “Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.”
                                               ***

Apa yang penulis ingin tonjolkan di sini adalah betapa ´akrabnya´ hubungan antara pendidik dan anak didiknya oleh kerana ikatan dan jalinan mesra di sepanjang proses pembelajaran berlangsung.

Seorang guru bukan saja berperanan sebagai pendidik di dalam kelas, tetapi juga pembentuk sahsiah dan peribadi mulia pelajar. Mereka tidak ubah seperti seorang ibu dan bapa kepada anak didik mereka kerana sepanjang masa berada di sekolah, murid-murid sangat bergantung kepada perhatian seorang manusia bernama guru yang sentiasa berada disebelahnya memberikan panduan dan tunjuk ajar.
Rasulullah s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:
Maksudnya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Hari Guru yang disambut setiap tahun merupakan ´hari keraian hubungan pendidik-anak didik´ ini. Perhubungan ini bukanlah perhubungan yang ´biasa´ kerana ilmu yang disampaikan dan dipelajari akan membentuk jambatan pertalian yang erat sepanjang hayat.

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

So here I would like to give my highest appreciation to all of my teachers ! Thank You for everything. Jasamu dikenang. Dan segala bakti yg cegu, guru, ustaz, ustazah, muallim, muallimah, teacher, sir telah curahkan pada saya tak mungkin saya lupakan. Nothing is good enough to repay watever you've done for me and my frenz. But you'll always be in our prayers, insyaAllah.

Banyak salah dan silap saya kpd guru2 sume. Saya tahu, cegu sume mmg sgt sabar layan perangai kami kan.sabor je la hehe. Saya mohon maaf atas semua kesilapan, kecuaian, kelalaian. Forgive me dear teachers.

Guru-guru di TADIKA KG CHANGKAT CHERMIN.
(ak masuk kejap sgt dua bulan je mana tadika mcm mpa sume huhu)

Mlm Mlmh Ustaz Ustazah di SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR.

Teachers at AL-HUDA ISLAMIC SCHOOL.

Cegu Ustaz Ustazah Teacher Sir di MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR.

An infinite amount of thanks to all of you.
I Love My Teachers. My Kind and Cool Teachers. Forever.
SELAMAT HARI GURU ! !
HAPPY TEACHER'S DAY ! !


Hmm. Takdak Hari Pensyarah ka? So patutnya same day la ye dak? Mendidik juge. Hehe. SELAMAT HARI PENSYARAH kepada dua insan yg sangat saya sayang, mom and dad. Saye sayang mak ayah saye ^^ Happy Lecturer's Day ! :D





Kepada Dia Si Bakal Guru


Yes it's ur special day. Your Birthday.
HAPPY 18th BIRTHDAY budak rajen!
Let me tell ya a secret, I Love You. Oops hehe
Nak hadiah ape ? Gtau dalam masa tiga minit dari skang, ng akan dapat. Terlambat, maaf lah :p

(Aku tules entry neh kemaren, tak sempat publish je ehehe mianhae internet slow sangat sabaqq banyakkk)

2 comments:

sila sila type ;)